Skip to main content
Chacha Maembong Nafikan Ada Hububgan Istimewa Dengan Datuk Z Dan Tampil Buka Mulut Jelaskan Perkara Sebenar

Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.

Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.

Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.

"Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.

"Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.

"Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran," katanya.

Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.

Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.

"Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.

"Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.

"Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga," jelas Cacha.

Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.

"Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.

"Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.

"Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.

"Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.

"Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja," katanya optimis.

Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.

CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah 'v-shaping' bersama Cream Magic dan gabungan 'papan activator' yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Kredit:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikirpanjang terlebih dahulu sebelummenulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untukmemantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.