Skip to main content
Calon BN Disahkan Positif C0VlD19 Pada Hari Pengundian. Ini Kenyataan Dari Calon Barisan Nasional Di Sabah

Pitas: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas disahkan positif Covid-19, hari ini.

Sufian Abdul Karim menerusi Facebooknya berkata, beliau menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif Covid-19.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak saudara yang membantu sepanjang kempen.

"Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh," katanya.cebook.

Sufian turut memohon kontak rapatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif Covid-19.

PRN Sabah: Senarai Calon BN

BUNG Moktar menunjukkan senarai calon selepas sidang media. FOTO Aswadi Alias

Berikut adalah senarai kerusi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan calon Barinsan Nasional (BN).

Senarai ini dumumkan Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sini, hari ini.

Banggi: Akram Ismail

Bengkoka: Harun Durabi

Pitas: Sufian Abdul Karim

Tempasuk: Mohd Arsad Bistari

Usukan: Datuk Seri Salleh Said Keruak

Pantai Dalit: Jasnih Daya

Karambunai: Datuk Yakubah Khan

Darau: Datuk Jumat Idris

Tanjung Aru: Mohd Reduan Aklee

Tanjung Keramat: Shahelmy Yahya

Pantai Manis: Mohd Tamin @ Tamin Zainal

Bongawan: Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin

Lumadan: Datuk Kamarlin Ombi

Sindumin: Sani Miasin

Kemabong: Datuk Raime Unggi

Telupid: Abdul Wahab Abdul Ghani

Sugut: Datuk James Ratib

Gum-Gum: Suhaimi Nasir

Sungai Manila: Mokran Ingkat

Sungai Sibuga: Mohamad Hamsan Awang Supian

Sekong: Hazulizah Md Dani

Kuamut: Juhari Janan

Lamag: Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sukau: Datuk Jafry Ariffin

Tungku: Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai

Kunak: Halid Harun

Sulabayan: Abdul Manan Indanan

Balung: Hamild @ Hamid Awang

Kukusan: Chaya Sulaiman

Tanjung Batu: Andi Muhammad Surady Bandy

Paginatan: Junaidi Sahat

Sumber : HMETRO ONLINE