Skip to main content
Betul Ke Saiful Apek Dah Bernikah Senyap Senyap. Ini Jawapan Saiful Apek Selepas Ditanya Kesahihan Gambar Seakan Selepas Bernikah

Pelawak Saiful Apek hanya memberikan jawapan ringkas apabila ditanya mengenai fotonya dan pelakon Sabrina Ali yang dimuat di laman sosial Instagram petang tadi (Selasa).

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

JAWAPAN SAIFUL APEK BILA DITANYA BENAR KE DIA DAH KAHWIN LAGI?

"Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

"Tiba masanya nanti, Insya-Allah," jawabnya ringkas.

Saiful dan Sabrina pada petang Selasa memuat naik foto berbaju Melayu dan berkebaya putih di laman sosial IG masing-masing.

Foto tersebut kemudiannya mencetuskan tanda tanyadi kalangan peminat Saiful dan Sabrina apabila menulis kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga.

Menerusi pemerhatian Gempak, Saiful mula berkongsi foto mesra di IG bersama Sabrina sejak beberapa hari lalu.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.