Skip to main content
Berlaku Pada Malam Pertama Pindah Rumah Baru. Doktor Keluarkan Sehelai Rambut di Tapak Kaki Kanak2

Pelik tapi benar, mungkin itu yang sesuai digambar dengan perkongsian seorang doktor dari Slim River, Perak ini.

Menurutnya, beliau mengalami pengalaman pelik sepanjang karier selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang kanak-kanak, dekat sini.

Dr Hanafi Yahya yang juga Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), berkata, pada 11 September lalu, beliau didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak yang berusia lapan tahun untuk menerima rawatan.

Katanya, kejadian yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit bermula pada malam pertama ketika keluarga kanak-kanak itu berpindah ke rumah baharu.

" Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Pelik bagaimana rambut boleh bergerak

" Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Dr Hanafi berkata, beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter.

" Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

" Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali," katanya.

Beliau berkata, sampai sekarang beliau masih tertanya-tanya mengenai kejadian terbabit dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.

Reaksi warganet

Swementara itu berdasarkan reaksi warganet, rata-rata meninggalkan komen pernah mengalami pengalaman serupa.

" Saya pun pernah kena. Rambut ada dlm tapak kaki. Rasa sakit2 setiap kali menapak. Check betul2,tarik tapak kaki smpi dekat mata,baru nampak rambut dlm tapak kaki keluarkan dgn sedaya upaya.

" Alhamdulilah dah tak sakit lps tu.Mmg mcm tak percaya mula2 tgk rambut blh masuk tapak kaki ku.Tapi dah nmpk dgn mata sendiri..", tulis Adriana.

Sementara seorang warganet yang juga pekerja di kedai gunting berkata kejadian rambut masuk ke dalam tapak kaki adalah perkara biasa.

" Bagi kitaorang yang dah hari2 dikedai gunting..memang benda ni tak pelik.. tak tahu mcm mana dia boleh masuk. Tapi benda ni perkara biasa..

" Kita biasa guna penyepit besi yg kecik..sepit hujung rambut tarik pelan2.. tapi kalau dibiarkn lama2 rambut tu akan masuk kedalam kita terpaksa guna jarum untuk keluarkan dia," tulis Nana