Skip to main content
“Berdiri pun dah tak larat,Datanglah lihat keadaan saya” – Datuk M. Daud Kilau

Figura bernama Datuk M.Daud Kilau bukanlah nama asing dalam industri hiburan. Digelar sebagai 'raja gelek' Malaysia, lagu-lagu nyanyia beliau masih diminati.

Bagaimana pun, dalam perkembangan terbaru dikhabarkan M.Daud Kilau yang kini berusia 83 tahun, dikatakan sudah semakin uz-ur.

M.Daud kilau kian u-zur

Keadaan bertambah sejak PKP, dengan keadaannya yang kian uzur adalah mustahil untuknya meneruskan persembahan di pentas.

"Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi…"

Berdiri pun dah tak la-rat

Beliau juga terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Bukan malas, tetapi ku-dratnya sudah tidak mampu aktif seperti dahulu.

"Saya dah tak larat nak berdiri dan bergeIek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi…"

"Datanglah lihat keadaan saya…" – M. Daud Kilau

Ditambah pula dengan PKP akibat covid-19, nasib penyanyi veteran itu bertambah malang apabila wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat.

Justeru, beliau berharap ada mana-mana pihak yang prihatin dengan nasib hidup, dan sudi untuk membantu meringankan be-ban yang ditanggungnya.

"Saya merayu pihak berkenaan agar dapat menolong saya, datanglah lihat keadaan saya. Saya hanya mahu menghabiskan sisa hi-dup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya…"

Semoga dipermudahkan segala urusan, terima kasih telah pernah menghiburkan rakyat Malaysia.

Sedikit info mengenai beliau

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.

Sumber : Artis Malaysia