Skip to main content
Baru je Setahun Kahwin, Suami Nadia Brian Mula Luah Rasa

Perkongsian suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekecewaan.

Menerusi entri itu. Muizz meluahkan perasaan tiada apa yang lebih menyak-itkan daripada dikhianati, dikec-ewakan dan dihina oleh orang tersayang.

"Satu hakikat, saya berikan hati dan jiwa. Saya sudah berikan yang terbaik, namun, ia tak mencukupi buat awak.

"Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada dikh-ianati, dikec-ewakan dan dih-ina oleh orang yang kita fikir, takkan melukakan kita," tulisnya yang disertakan dengan emoji hati pecah

Dalam pada itu. Muizz berkata dia percaya bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk dirinya dan berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan moral. Saya percaya, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Insya-Allah, keadilan akan terbukti," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Muizz turut menanda (tag) nama Nadia di gambar itu.

Ogos lalu, Nadia menafikan dakwaan rumah tangga yang dibina bersama suami sedang bergolak ia berikutan pelakon itu tidak lagi memuat naik gambar bersama selepas kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

Jelasnya, dia tidak berapa gemar berkongsikan hal peribadi di media sosial. Ujarnya, jika tidak memuat naik gambar bersama tidak semestinya tak bahagia.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian ketika dihubungi berkata, dia bersama suami okay.

"Saya ada saja kongsi gambar bersama, tapi soal peribadi saya memang tak suka kongsi di media sosial. Apa yang penting dikongsikan ialah mengenai kerja. Tak semestinya tidak memuat naik gambar bersama tak bahagia dan tak gembira.

"Memanglah orang tanya, tapi sekarang fokus saya pada ibu dan nenek saya yang tak sihat. Saya tak nak fikir mengenai orang lain. Sekarang ini untuk keluarga dan diri sendiri saja.

"Dengan suami okay saja. Saya tak nak ulas banyak mengenai dirinya. Dia pun perlukan privasi sebab dia bukan orang industri hiburan. Mungkin dia tak biasa. Dia okay dan sentiasa menyokong saya. Saya doa yang baik-baik saja dan harap doa yang baik-baik untuk kebaikan semua orang," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Nadia yang juga pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut menangis ketika ditemubual terutama apabila bercakap mengenai rumah tangga.

"Sedih sebab perkahwinan ini kita nak bahagia dan sampai bila-bila. Mungkin ada macam dugaan Allah SWT hantar dan macam mana kita kawal. Apa-apa pun saya berserah kepada hati dan niat dan mencari kebahagiaan. Biasalah awal perkahwinan akan ada pasang surut. Apa yang penting saya tak buat masalah dalam kerja dan buat masalah dengan sesiapa pun. Saya hanya dengan diri sendiri dan fokus kerja," katanya.

KOMEN NETIZEN :

Sebelum ini Nadia memberitahu dia bersedia untuk berkahwin selepas melihat kesungguhan suaminya yang tidak pernah putus asa untuk menambat hatinya.

"Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu.

Majlis resepsi Nadia dan pasangan akan diadakan pada malam, Sabtu di lokasi yang sama.

"Namun, penghujung tahun lalu, kami mula menjadi rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya.

"Seterusnya, Februari lalu, saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya.

Sempat Buat Majlis 'Bridal Shower Sebelum Kahwin', Ramai Kurang Senang Lihat Penampilan Nadia Brian

Untuk meraikan waktu-waktu terakhir Nadia sebagai seorang bujang, dia dan beberapa rakannya yang lain telah mengadakan satu sambutan 'bridal shower' yang telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur

Betul-betul mendalami konsep 'bridal shower', Nadia turut bersahaja 'berendam' di dalam kolam dengan dressnya itu. Se-ksinya!

Namun, ada segelintir netizen yang tidak senang melihat keseksian wanita itu. Mereka juga mempersoalkan kenapa perlu mengadakan majlis 'bridal shower' walhal ia merupakan budaya daripada Barat.

Walaupun, Nadia nampak gembira dengan segala aspek majlis itu tetapi ramai suara su-mbang yang telah menyelar majlis tersebut. Bagi segelintir netizen, mereka tidak faham kenapa perlu mengadakan 'bridal shower' walhal itu adalah budaya barat.

Tak kurang juga, ada yang tidak senang melihat Nadia tampil terlalu s-eksi sehingga ada yang kesiankan bakal suaminya kerana mempunyai tunangan yang sanggup 'bel-anja' orang lain dengan penampilan tidak sopannya itu.

PELAKON Nadia Brian menganggap pemakaiannya ketika majlis bridal shower  tidak keterlaluan seperti yang heb0h diperkatakan di laman sosial.

Malah, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, berkata, isu itu menjadi sen-sasi apabila terdapat blogger yang mengangkat komen netizen sebagai tajuk utama.

"Saya rasa biasa sahaja… tak adalah terlampau se-ksi pun, ia jadi isu apabila ada blogger yang menggunakan komen netizen sebagai tajuk utama yang boleh menimbulkan rasa ku-rang senang pembaca," ujarnya

Nadia Brian cede-ra di lokasi penggambaran

Pada Julai lalu PELAKON Nadia Brian ce-dera di kaki kiri ketika bermain badminton semalam, menyebabkan dia tidak dapat meneruskan penggambaran drama bersiri Rudy vs Jolie yang sedang

berlangsung di Kuantan, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nadia sedang bermain badminton dengan beberapa kru sementara menunggu waktu memulakan penggambaran.

Nadia yang kini berada di Kuantan ketika dihubungi berkata, dia melompat sebelum kakinya terp-elecok. Dia kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan.

"Kaki mula memb-engkak dan terasa sa-kit. Doktor memaklumkan berlaku sedikit kece-deraan di tisu lembut bahagian kaki saya.

"Sak-itnya tak dapat saya gambarkan hingga terpaksa disu-ntik dengan ubat tahan sa-kit," katanya kepada Harian Metro.