Skip to main content
Baru Je Dilantik Timb. KM Sabah, Bung Mokta mohon maaf kpd Zahid Hamidi

Tak Dilantik KM Sabah, Bung Minta Maaf Pada Zahid Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin hari ini memohon maaf kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

Menurutnya, agak sukar untuk UMNO menuntut jawatan ketua menteri apabila hanya hanya memenangi 14 kerusi, berbanding Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi.

Dalam pada itu Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin menzahirkan keyakinannya dengan kerajaan baru yang diwujudkan seperti dimaklumkan Ketua Menteri, Hajiji Noor dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Berikut kenyataan rasmi beliau

KENYATAAN MEDIA YB DATO SERI BUNG MOKHTAR, TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH

Assalamualaikum Wbt Dato' Seri Presiden, seluruh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional di seluruh negara.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) yang membantu kami di Pilihanraya negeri Sabah (PRN) baru-baru ini. Sesungguhnya PRN kali ini amat luar biasa daripada kelazimannya. Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai begitu banyak parti dan calon bebas yang bertanding dengan menggunakan pelbagai logo serta mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu.

Saya amat bersyukur, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan ditambahi pula dengan tentangan daripada pelbagai pihak, BN masih mampu memenangi 14 Kerusi daripada 32 kerusi yang kita bertanding. Alhamdulillah daripada 14 kerusi yang kita menangi, 70% daripadanya muka-muka baru.

SelakuKetua Umno Sabah, saya akan melakukan *post mortem* untuk mencari sebab-musabab dan punca beberapa kerusi yang ditandingi BN mengalami kekalahan. Kami juga akan membuat penambahbaikan demi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang.

Saya juga memohon maaf kepada Dato' Seri Presiden kerana hasrat dan cita-cita beliau dan rakan-rakan yang berkehendakkan saya atau wakil daripada Umno Sabah Menjadi Ketua Menteri tidak kesampaian.Jawatan Ketua Menteri memang menjadi harapan Umno Sabah tetapi kami menyedari dan menginsafi dengan hanya memenangi 14 kerusi sahaja sukar kepada UMNO Sabah untuk menuntut jawatan tersebut.

Saya berharap kepada pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, hentikanlah tindakan tersebut. Berlaku adil lah jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan PRN baru- baru ini. Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya, _"kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan"_

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda, Puteri, MT dan negeri-negeri yang turun membantu Kami di PRN Sabah. Saya amat terhutang budi kepada seluruh jentera Barisan Nasional dan Allah saja dapat membalas Jasa & Budi Sekalian.

Sekian BUNG MOKTAR