Skip to main content
Anita Sarawak Selepas 10 Tahun Hilang,Noorkumalasari Mula Buka Cerita

Kehadiran pelakon senior iaitu Noorkumalasari ke program bual bicara Next To Neelofa sedikit sebanyak telah mendedahkan khabar penyanyi Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir. Penyanyi lagu Seksis itu telah 'menghilangkan' diri dari industri hiburan selama 10 tahun bersama suaminya.

Sebelum ini juga terdapat pelbagai andaian mengenai kehilangan Anita Sarawak termasuklah dikhabarkan dia sakit dan telah kembali ke Malaysia. Namun bagaimanapun, adik kepada penyanyi ini iaitu Noorkumalasari ada memberitahu keadaan kakaknya itu melalui rancangan temu bual tersebut.

Kakak dalam keadaan baik

Selain Noorkumalasari berkongsi kisah hidupnya bersama penonton dalam rancangan yang dihoskan Neelofa itu, dia juga menyampaikan khabar dan keadaan Anita Sarawak. Mengakui banyak peminat industri seni di Malaysia tertanya-tanya kemanakah penyanyi itu menghilang sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, Noorkumalasari hanya menjelaskan bahawa kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat sahaja.

Saya tak tahu cara menjawabnya. Insyaallah, kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya. Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi, ada yang hubungi kakak sulung untuk bertanya.

Mereka lakukan perniagaan

Bercakap mengenai perkembangan Anita Sarawak dan suaminya, Noorkumalasari mendedahkan kakaknya itu kini menjalankan perniagaan hartanah di seluruh negara Amerika Syarikat. Namun, disebabkan faktor pandemik Covid yang melanda dunia, dia juga tidak mengetahui keberadaan pasangan suami isteri itu.

Baru-baru ini dia telefon dan bercakap dengan abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah. Perkara yang saya tahu, daripada perbualan kami sebelum ini ialah mereka melakukan perniagaan hartanah.

Mereka jual rumah dan tanah dan mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat. Tapi saya tak tahu, mereka berpindah-pandah sebab Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka.

Pernah temui Anita Sarawak di Singapura

Kehilangan Anita Sarawak dari radar industri hiburan terus menjadi tanda tanya rakan artis dan peminat. Sehingga ada yang mengatakan penyanyi ini masih tinggal di Las Vegas, Nevada dan Amerika Syarikat. Tetapi ada juga sumber mendakwa penyanyi ini telah membina kehidupan baharu di Perancis sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, tahun lepas kecoh pula kisah mengatakan penyanyi ini kembali menetap di Singapura. Hal ini kerana seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio. Malah, peminat tersebut mendakwa dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam itu adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

Wajah cengkung, rambut tidak diwarnakan lagi

Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi. Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini.

Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat. Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentangan dengannya.

Dokumen jual beli kediaman tersebar

Walaubagaimanapun, tahun lalu juga misteri kehilangan Anita Sarawak ini sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet. Anita Sarawak dan suami didakwa menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas dengan harga kira-kira RM 1.4 juta pada 31 Julai tahun lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, Mahathir Abdullah masih bekerja di sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan ini telah membeli kediaman baru dengan harga RM 1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Penemuan secara tidak langsung itu telah dilihat memberi bayangan perkembangan Anita Sarawak yang selama ini dikatakan merajuk dengan industri hiburan. Bagaimanapun, ia juga menepis khabar angin yang mendakwa pasangan ini sudah pun berce-rai.

Mendapatkan rawa-tan kans-er?

Khabar baru yang kedengaran, penyanyi ini sedang mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota. Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya di hospital berkenaan, namun tidak diizinkan untuk membuka mulut atas permintaan Anita Sarawak sendiri. Malah, wajah penyanyi ini sudah jauh berbeza hingga peminat tidak dapat mengenalinya.

Terdapat pelbagai khabar angin mengenai Anita Sarawak sehingga tidak tahu ianya sahih mahupun tidak. Mungkin ada benarnya penyanyi ini kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya.

Jika benar penyanyi Anita Sarawak berdepan penyakit ka-nser, doakan yang terbaik dan diberi kesembuhan buat dirinya. Semoga penyanyi Sek-sis ini sembuh dari penyak-it dan kembali ke pentas demi peminat.

Sumber: Media Hiburan