Skip to main content
Anak Beranak Paling ‘Over’, Kemunculan Bonda Dona Bikin Sekeluarga Huru-Hara

Sharing is caring!

Belum pun sampai setahun, drama bersiri kekeluargaan 'Kampung People 2' yang ditayangkan semula di kaca televisyen, kian mendapat sambutan menggalakkan. Berbeza dari kebiasaan, drama bergenre komedi itu ternyata menambahkan lagi humour sekali gus membuatkan penonton ternanti-nanti dengan adegan lawak.

BACA : "Nak Lagi.."- Manja Belakang Tabir, Aksi 'Lailer' & 'Jakfer' Buat Ramai Jealous

Menerusi episod terbarunya malam tadi, siapa menyangka kemunculan watak baharu yang dilakonkan oleh Adibah Noor nyata menggamatkan lagi suasana drama berkenaan. Memegang watak sebagai Dona Prima iaitu ibu kepada Mona, dapat dilihat perangai 'masuk air' pelantun lagu berjudul 'Terlalu Istimewa' ini cukup mencuit hati. Bukan itu sahaja, cara speaking yang berteraburan tak tumpah seperti Mona dan cucunya Lailer juga membuatkan ramai terhibur.

Lebih melucukan lagi adalah hubungan antara Mona dan ibunya yang 'tidak sebulu' dalam segala hal. Manakan tidaknya, ada sahaja yang tidak kena di mata masing-masing selain sedaya upaya menunjukkan kelebihan tersendiri. Drama yang tidak pernah mengecewakan ini ternyata mendapat pelbagai reaksi reaksi daripada para penonton. Di samping terhibur melihat gelagat anak beranak ini, rata-rata mereka memuji lakonan Adibah Noor.

Anak Beranak Paling 'Over', Kemunculan Bonda Dona Bikin Sekeluarga Huru-Hara

Anak Beranak Paling 'Over', Kemunculan Bonda Dona Bikin Sekeluarga Huru-Hara

Anak Beranak Paling 'Over', Kemunculan Bonda Dona Bikin Sekeluarga Huru-Hara

Sumber : Instagram dramsangat, YouTube Drama Sangat Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!