Skip to main content
Anak Azhar Sulaiman Menangis Tak Berhenti. Rupanya Ada Sesuatu Yang Berlaku

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkongsi sepotong video meluahkan kekecewaan menjadi mangsa buli siber di Internet.

Kata Leona, pada satu tahap dia merasakan telah dibuli dengan melampau oleh segelintir netizen terutama di media sosial.

"Saya harap pada suatu hari nanti orang akan sedar apa yang saya cuba sampaikan.

"Saya sentiasa menunjukkan sisi yang gembira tapi menjadi orang yang ceria pun masih membuatkan saya rasa sedih.

"Saya rasa tersinggung. Adakalanya pada satu tahap ia (buli siber) ini jadi melampau-lampau," katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video itu telah ditonton lebih 590,000 kali dan mendapat lebih 51,000 tanda likes.

Pada masa sama, pengikut Leona di akaun terbabit turut berkongsi kata-kata semangat dan menitipkan doa agar terus tabah.

Malah, ada yang tersentuh melihat air mata Leona yang sentiasa periang akhirnya tumpah.

Leona sebelum ini sangat terkenal dengan kelincahannya menari di aplikasi Tik Tok dengan mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai.

Video boleh dilihat di tiktok Leona : sila buka ikut link dibawah:

https://www.tiktok.com/@leonsmeonss/video/6877497537343884545?lang=en

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.