Skip to main content
Alvin Chong Keluar ‘Dating’ Dgn Gadis Bawah Umur. Sekali Mak Gadis Tu Tampil Komen

Baru-baru ini nama Alvin Chong menjadi sebutan sehingga 'trending' di laman sosial gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur tular.

Warganet mendakwa, Alvin kini sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani.

Dipercayai, Athalia adalah anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

Menerusi ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Alvin dan Athalia mempunyai hubungan cinta kerana gadis tersebut baru berusia 17 tahun.

Penyanyi Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut.

Sebaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majls sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Terdahulu Athalia memuatnaik videonya bersama Alvin di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.

Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina memberi reaksi positif kepada anaknya dan Alvin yang ketika itu sedang duduk di sebuah restoran.

"Oh anak aku tu bukan main…kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya! Comel orangnya…," kata penyanyi Langit Ketujuh itu.

Dalam pada itu, Athalia juga sudah memberi kenyataan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Alvin sebaliknya keluar bersama untuk meluangkan masa sahaja.

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

Penyanyi Sharifah Zarina tidak menghalang anaknya Athalia Deena Buswani untuk berkawan dengan sesiapa asalkan tahu menjaga diri dan menjaga nama keluarga.

"Saya tak kisah anak saya nak kawan dengan sesiapa pun, yang penting dia pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga," katanya.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas dakwaan anaknya sedang menjalin cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong, penyanyi Langit Ketujuh itu lebih selesa jika persoalan tersebut dijawab empunya diri.

"Jika tanya saya, tiada komen tentang ini, 'I reserved my comment' tentang perkara ini. Saya rasa Alvin pun akan buat sidang media Jumaat ini.

"Rasanya lebih baik jika kita tunggu Jumaat nanti. Kita dengar apa yang mereka nak cakap sebab saya tak mahu komen lebih-lebih," katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Athalia, 17, memuat naik videonya bersama di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.

Sharifah Zarina menerusi video tersebut memberi reaksi positif kepada Alvin dan Athalia, sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.

Malah reaksi yang ditunjukkan Sharifah Zarina menggambarkan seolah-olah dia 'merestui' hubungan anaknya dengan penyanyi Sayangku Salmah itu.

Namun, warganet pula memberikan pandangan berbeza terhadap Athalia dan Alvin sekiranya benar mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Apatah lagi usia Alvin sudah mencecah 30 tahun manakala Athalia pula masih di dalam kategori remaja bawah umur.

Sharifah Zarina berkata, beliau kini masih diuruskan suami, Buswani Abdillah yang dikahwininya sejak 19 tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Athalia Deena, 14, Ariana Deena, 9, dan Alfenriz Habeeb, 8.