Skip to main content
Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Sharing is caring!

Ajal boleh datang tanpa mengira waktu dan tempat kepada sesiapa pun. Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita dari Thailand ini yang ditemui para petani pada Selasa lalu. Siapa sangka cubaan mendapat stok makanan bagi mengalas perut yang sedang kelaparan akhirnya berakhir dengan tragedi menyedihkan.

BACA : Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Memetik laporan Sinar Harian, wanita tanda dokumen pengenalan diri itu dipercayai temui ajal selepas gagal bernafas ketika bersembunyi di sebuah pondok simpanan. Menurut petani itu, warga emas berumur lewat 70-an terbabit disyaki cuba mencuri makanan yang disimpan mereka namun tidak berjaya sebelum terperangkap di bawah papan lantai pondok tersebut.

Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Berikutan lokasi pondok tersebut yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar, mereka akhirnya terpaksa membonceng jasad kaku wanita berkenaan dengan menggunakan motosikal. Salah seorang petugas perubatan di dearah itu bertanggungjawab mengikat jasad yang dibalut dengan kain berwarna putih di tubuhnya. Malah mereka juga perlu melalui perjalanan selama enam jam untuk melakukan upacara pengebumian.

Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Meraih Facebook, rata-rata netizen mezahirkan rasa simpati atas nasib yang menimpa warga emas terbabit. Tak kurang juga yang memuji tindakan penduduk setempat dalam membantu menguruskan jasad wanita berkenaan.

Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik MotosikalAjal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Sumber : Sinar Harian, Thairath

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!