Skip to main content
Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Sharing is caring!

Teruja meniti hari perkahwinan, kebanyakan pengantin zaman sekarang gemar mengajak rakan baik mereka untuk menjadi bridemaids. Lebih mengujakan apabila mereka sanggup menaja segala baju yang berona sedondon asalkan detik bahagia itu dapat dikongsikan bersama dengan BFF masing-masing. Namun bagi seorang gadis ini, niat tersebut tidak kesampaian apabila sahabat karibnya ajal dalam sebuah tragedi jalan raya.

BACA : 4 Tahun Kenal Baru Jatuh Cinta, Abang Photographer Terus Ajak Bridemaids Kahwin

Tragedi pilu terbabit berlaku pada bulan Ogos lalu di sekitar Kuala Selangor apabila kenderaan mereka sekeluarga bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda. Umpama gurauan yang menjadi realiti, anak sulung keluarga ini mendedahkan mereka semua pernah berseloroh andai ditakdirkan menemui ajal bersama-sama.

Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah Kredit Foto : Harian Metro

Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Mengimbas semula detik pertemuan terakhir, hati bakal mempelai tersebut seakan-akan luluh seribu kerana hari bahagia yang sepatutnya dikongsikan bersama hanya tinggal angan-angan. Merasa sedih selain melihat petanda-petanda tertentu, siapa menduga ia adalah petanda rakan baiknya akan pergi buat selama-lamanya. Dalam pada itu, dia sempat menemukan semula sekotak baju yang merupakan 'lamaran' kepada Allahyarhamah untuk menjadi bridemaids.

@imlola_

Happy birthday sa😢Aq xsanggup nk wish bln depan. Sebolehnya aq xnk ingt tarikh tu 😢 wallahi, ko sahabat dunia akhirat aq😭#alfatihah #sahabat #fyp

♬ Pergi Tak Kembali – Rabbani

@imlola_

Soryy. I cant move on . Shes go while 3 month my wedding😕 #itsstartontiktok #fypシ #foryourpage #alfatihah #sahabatku

♬ bunyi asal – JustLol – JustLol

Selain merasa sebak, netizen sempat mendoakan yang baik-baik atas pemergian rakan baik kepada bakal pengantin ini. Tidak ketinggalan, mereka juga terkenang semula kepada barisan sahabat yang sudah terlebih dahulu bertemu Ilahi.

Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Ajak Jadi Bridemaids, Bakal Pengantin Terkilan BFF Ajal 3 Bulan Sebelum Nikah

Sumber : TikTok justlol &

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!