Skip to main content
AirAsia Bakal Bvang Ratusan Pekerja Lagi Dalam Tempoh 24 Jam

Pada Jun lalu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan telah membvang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

Bagaimanapun, AirAsia sekali lagi dilaporkan bakal membvang ratusan kakitangan lagi menjelang akhir bulan ini susulan kesan pandemik C0VID-19.

Bakal bvang lagi pekerja

AirAsia CEO accuses BAR industry group of bias against low-cost carriers

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat, tiada angka terperinci diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.

"Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibvang, tiada angka terperinci buat masa ini.

"Kriteria (siapa yang bakal dibvang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.

"Saya mem0hon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara," ujar sumber itu yang memetik kata Riad.

Akan diberitahu melalui emel

Memetik kata Riad (melalui sumber), pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam dan tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan Khamis ini berserta dengan jumlah pampasan yang bakal diterima.

Menurut sumber, AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan kepada pekerja yang terjejas sehingga Disember 2020.

"Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.

"Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda. "Gaji anda juga tidak akan dipotong," tambah Riad.

Sumber itu memaklumkan, proses pengecilan tenaga kerja itu akan berlaku menjelang hujung bulan ini.

Sementara itu sumber turut memaklumkan AirAsia X dalam sesi taklimat berasingan turut mengumumkan pengecilan tenaga kerja melibatkan bahagian operasi, teknikal, serta kru.

Yang terakhir sertai, yang pertama keluar

Giliran AirAsia Buang Kakitangan Untuk Kecilkan Operasi

Proses pengecilan tenaga kerja itu akan menggunakan asas "yang terakhir sertai, yang pertama keluar".

Jumlah sebenar tenaga kerja yang terjejas tidak dinyatakan namun ia dijangka melibatkan ratusan tenaga kerja.

Sumber turut memaklumkan beberapa ratus tenaga kerja juga akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih.

Selain itu AirAsia X akan menyemak semula gaji pokok tenaga kerja dengan hanya 25 peratus sahaja bayaran.

Sumber memaklumkan tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan pada Khamis ini termasuk jumlah pampasan yang bakal diterima.

Sumber: Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.