Skip to main content
Aidit Noh Dikatakan Punca Retak Rumahtangga Nadia Bryan Dan Suami. Ini Respond Balas Aidit Noh

KUALA LUMPUR: "Saya tak kacau isteri orang. Saya hanya buat kerja. Ini lumrah dunia seni, kami berlakon sahaja."

Itu penegasan pelakon, Aidit Noh apabila ditanya adakah dia menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon, Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin.

Aidit berkata, dia tidak mahu melayan desas desus mengaitkan namanya sebagai orang ketiga hanya kerana mereka bergandingan dalam drama 20 episod, Sweetie Nanie.

"Saya tak tahu apa-apa. Itu masalah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon, itu sahaja.

"Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau nak rampas isteri sesiapa," tegas pelakon itu ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Aidit kini berada di hospital selepas menjalani pembedahan paru-paru berair Jumaat lalu.

Nama pelakon itu dikaitkan dengan masalah rumah tangga Nadia selepas suaminya memuat naik gambar dengan tanda pagar ANvsNB yang mencetuskan persoalan warganet.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.