Skip to main content
Ada Orang Mesej Minta Gambar Tak Senonoh, Sekali Kak Adibah Noor Balas Balik Memang Padu

Tidak dapat dinafikan, semakin berkembangnya teknologi semakin mencorot sifat-sifat murni dalam kalangan masyarakat kita di zaman ini.

Baru-baru ini, penyanyi Adibah Noor tidak terlepas menjadi mangsa segelintir pengguna media sosial yang tidak bersivik, apabila ada yang menghantar DM meminta gambar yang tidak senonoh daripadanya.

Nak gambar Adibah Noor

Menerusi perkongsian di Twitter penyanyi tersebut, telah memuat naik status paparan screen shot DM yang dihantar oleh seorang lelaki, memintanya menghantar gambar tak senonoh.

Akak yang macam gajah ni pun orang minta

Bertindak bijak, penyanyi itu hanya menghantar foto kucingnya sebagai balasan. Malah, terdapat juga seorang netizen mempersoalkan tindakan lelaki tersebut, dengan menghantar DM kepadanya semula.

Saya dah bertaubat Selamba jer minta gambar

Sehingga kini, tweet tersebut telah mendapat 6.4 ribu retweet dan 10.9 tanda suka, rata-rata menyifatkan lelaki tersebut berkelakuan buruk dan tidak senonoh.

Semoga segera bertaubat Siap bagi salam lagi

Sumber : Adibah Noor/OMM