Skip to main content
3 tahun jadi b4nduan penj4ra Venezuela, Ringgo Fotograf k0ngsi pengalaman berpuasa setiap kali dihidang menu daging b4bi

PENJ4RA… namanya sahaja sudah mampu membuatkan kita rasa gervn, ser4m dan t4kut apatah lagi saat menjadi penghuni tirai besi yang bukannya pula di negara sendiri.

Pengalaman p4hit itulah yang dilalui oleh pemain dram Fotograf iaitu Ringgo kerana terpaksa mer1ngkuk dalam penj4ra dan melalui tah4nan par0l di Venezuela yang keseluruhannya berjumlah 8 tahun akibat menjadi m4ngsa keldai d4dah.

Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55, dit4han di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui d4dah jenis k0kain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.

Inilah wajah terbaharu Ringgo. Foto dari Facebook miliknya.

Semuanya gara-gara dia ketika itu bersama rakan-rakan yang menyertai aktiviti himpunan anak seni berada di Venezuela diminta seorang teman yang baru dikenalinya membawakan beg dalam perjalanan menuju ke Sepanyol.

Tanpa mengetahui ada d4dah dalam beg berkenaan, Ringgo dit4han di lapangan terbang itu sewaktu mahu mendaftar masuk.

Berita penahanan Ringgo turut mengejutkan dunia hiburan tanah air apatah lagi menurut laporan sebelum ini, d4dah yang ditemui dalam begnya seberat 4.6 kilogram yang mendedahkan dia kepada hukuman penj4ra sehingga 15 tahun.

Negara berkenaan tidak mengenakan hukuman mati bagi pesalah berkaitan d4dah .

Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging b4bi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur. RINGGO PEMAIN DRAM FOTOGRAF

Dalam satu wawancara bersama wartawan Roshihan Annuar Yub, Ringgo mendedahkan dia menjadi m4ngsa kerana percayakan rakan yang baru dikenali.

Katanya, ketika diminta membawa beg untuk ke Sepanyol, dia tidak mengesyaki ada niat tersembunyi rakannya itu sehinggalah dit4han dan seterusnya didapati bersalah oleh mahkamah negara itu.

"Ketika mendaftar masuk di lapangan terbang Venezuela untuk ke Sepanyol, saya dit4han anggota keselamatan di sana. Mereka ini unit narkotik Venezuela. Beg saya diperiksa lalu terjumpalah k0kain seberat hampir satu kilogram yang dis0rokkan bawah pelapik beg, " katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia, Ahad.

Kata Ringgo, dia terkejut kerana penahanan tersebut. Tujuannya ke negara itu adalah untuk melancong selama seminggu sebelum meneruskan percutian ke Sepanyol.

Ringgo (kanan) melayan pelanggan menjual lukisannya. Foto dari Facebook Ringgo.

Menceritakan pengalaman di penj4ra kata Ringgo, soal makan minum sememangnya ujian yang cukup memeritkan termasuklah dia terpaksa memakan daging kuda selain dihidangkan menu beserta daging b4bi.

"Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan tapi bila habis, saya terpaksa ambil langkah darurat. Daging kuda pun saya makan. Namun kalau menunya daging b4bi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur, " ujar Ringgo.

Menurut Ringgo, aktiviti utama b4nduan negara itu ialah bergaduh disebabkan ia antara hiburan mereka namun ia tidak lama kerana mereka akan berbaik semula selepas itu.

Di dalam penj4ra ujar Ringgo, dia dipanggil El-Chino yang maksudnya orang Cina iaitu gelaran bagi orang Asia.

Kerana mempunyai kebolehan melukis dan bermain muzik, dia dihormati oleh b4nduan lain.

Ringgo juga mendapat sumber kewangan dari keluargannya di Malaysia melalui royalti lagunya.

Gambar kenangan Ringgo (kiri) bersama kumpulan Fotograf sementara Shamrin (tiga dari kiri) ialah vokalis kumpulan itu.

Dengan wang sebanyak RM500, ia boleh bert4han selama tiga bulan dan wang itu juga Ringgo mampu mengupah b4nduan lain membasuh pakaiannya.

Istimewanya di penj4ra negara itu kata Ringgo, waktu lawatannya ditetapkan sebanyak tiga kali seminggu iaitu setiap Rabu, Sabtu dan Ahad.

Sebelum waktu lawatan, para b4nduan akan bertungkus lumus untuk mencantikkan sel bagi membuktikan kepada pelawat mereka bukannya hidup tidak terurus dan menyedikan di dalam penj4ra.

Malaysiakini - Ringgo mahu harumkan nama negara melalui lukisan

"Kami pasang belon, mengecat dan bersihkan setiap sel kerana kami perlu tunjukkan kepada pelawat yang datang di mana b4nduan di sini bukanlah tinggal dalam keadaan tidak terutus dan menyedihkan," katanya.

Menariknya juga kata Ringgo, para isteri dibenarkan bertemu suami masing-masing iaitu sekali setiap bulan untuk melakukan hubungan intim.

Bercerita bagaimana dia dibebaskan ujar Ringgo, selepas tiga tahun berada dalam penj4ra, dia menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga b4nduan yang dikenali dalam penj4ra itu.

Langkah itu adalah salah satu syarat untuk dia bebas di penj4ra dan melayakkan dia memohon par0l.

Seseorang b4nduan luar perlu mempunyai tempat tinggal di negara berkenaan untuk melayakkan mereka memperoleh par0l dan cara terbaik memiliki keluarga angkat.

Selepas keluar penj4ra, dia tinggal di sebuah hostel yang disediakan kerajaan negara itu dan bekerja menjual lukisan sebagai pelukis.

Ringgo menjadi keg1laan peminat saat popuritinya pada tahun 1980-an.

Ringgo juga menjadi penghantar barang untuk kedai runcit milik peniaga Arab dan akhirnya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ahli perniagaan Pakistan.

Menyedihkan selepas setahun sebelum tempoh par0lnya berakhir, Ringgo mendapat berita bapanya mninggal dunia.

Ringgo kini meneruskan kerjanya sebagai pelukis di Damansara, Selangor.

Ketika bersama Fotograf yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta, Ringgo antara anggota kumpulan yang sering menjadi tumpuan peminat kerana wajah kacaknya selain penyanyi utama kumpulan itu Shamrin.

Dalam satu temubual dengan The Star pada 2008 bagi mengulas penahanan Ringgo, Shamrin berkata dia terkejut dengan perkhabaran itu namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia berlaku di luar negara.

Bagaimanapun Shamrin percaya apa yang terjadi itu adalah satu penganiayaan terhadap Ringgo.

Shamrin mninggal dunia pada 11 November 2010 akibat ser4ngan jantvng.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.