Skip to main content
3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

Sharing is caring!

Selain berjoging dan juga berbasikal, aktiviti hiking adalah antara yang menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa terluang serta release stress. Tapi siapa sangka bakal bertemu jodoh saat menjalani aktiviti hiking tersebut.

BACA: Tak Sangka Jodoh Tegur Di TikTok, Gadis Mirip Fara Fauzana Akhirnya Dijab Kabul

Menerusi perkongsian di group Facebook Hiking & Camping Around Malaysia, Aty Razali sama sekali tidak menyangka akan bertemu dengan jodohnya di puncak Gunung Minitinduk, Sabah. Menurutnya, lelaki berkenaan secara last minute menyertai trip dianjurkannya. Sepanjang perjalanan tersebut, pemuda itu berkali-kali mengusik kerana dirinya mempunyai sifat gayat.

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

Memandangkan selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan, masing-masing hanya berhubung melalui WhatsApp. Tak sampai beberapa bulan rapat, terdetik di hati Aty untuk mengajak pemuda itu untuk berkahwin. Tidak disangka-sangka, lelaki tersebut menerima tawaran berkenaan dan terus masuk merisik pada bulan 7. Dia malah tak kisah langsung soal perigi cari timba kerana baginya usaha adalah lebih penting.

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

Kini sudah hampir sebulan kedua-duanya melayari bahtera perkahwinan. Mengimbau kembali kisah pertemuan mereka, dia sama sekali tidak menyangka hobi yang disukai membawanya bertemu si suami. Memandangkan hari-harinya sibuk bekerja dan melakukan hal yang sama.

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

3 Bulan Kenal Terus Ajak Kahwin, Wanita Tak Sangka Bertemu Jodoh Waktu Hiking

Sumber: Aty Razali 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!